Sabtu, 26 September 2015

STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY


STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY

Stemcell Coffee Qu Puteh diperkaya dengan pelbagai nutrien dari sumber asli yang terbukti mampu membantu anda mengekalkan keremajaan dan keanggunan dari dalam secara menyeluruh. Ia mempunyai aroma dan rasa yang memikat selera serta sesuai untuk dinikmati setiap hari.
Kandungan: 15 sachet

KHASIAT STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY

  • Meningkatkan kecergasan tubuh badan
  • Meningkatkan kecerahan dan kejelitaan kulit anda
  • Menganjal dan menegangkan kulit
  • Mengekalkan keremajaan dari dalam
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan kedutan
  • Menyingkirkan toksin
  • Mengurangkan tahap kolestrol dan gula dalam darah
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Membantu membentuk tubuh badan yang ramping dan ideal
  • Memelihara kesihatan dan kecantikan secara menyeluruh

KANDUNGAN STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY

  • Gula: Selain menambah rasa manis ke dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.
  • Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
  • Kopi: Selain membekalkan tenaga untuk tubuh badan, kopi juga mampu memelihara kecantikan kulit seperti membantu mengurangkan radang dan kesan selulit, di samping mengekalkan kelembapan kulit, menghasilkan tona kulit yang sekata serta menyingkirkan toksin dan sel kulit mati seterusnya memelihara kehalusan kulit. Di samping itu, biji kopi juga tinggi kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel kulit dan melambatkan proses penuaan agar kulit kekal muda dan berseri.
  • Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mampu menyerlahkan seri kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV) serta meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, koko juga berupaya mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membantu menyingkirkan toksin sekaligus membantu menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat.
  • Wheatgrass: Rumput gandum tinggi kandungan vitamin A, B-kompleks, C dan E serta kalsium, fosforus, magnesium, potassium, zink dan amino asid yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mengukuhkan otot, memelihara kesihatan kulit, serta meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit. Ia juga merupakan sumber antioksidan yang baik bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
  • Bayam (Spinach): Bayam rendah kalori dan karbohidrat seterusnya sesuai untuk dijadikan sebahagian diet pemakanan bagi mengawal berat badan yang ideal. Ia kaya dengan beta-carotene yang tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mencegah serangan penyakit selain serat, zat besi, folat, magnesium, potassium dan kalsium yang berupaya membantu memelihara sistem saraf, mengukuhkan tulang serta meningkatkan metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Saderi (Celery): Flavonoid yang terkandung dalam daun saderi membantu anda mengurangkan kandungan kolestrol serta risiko penyakit jantung. Herba ini juga kaya dengan Vitamin C yang bertindak sebagai agen antioksida, serta Vitamin A yang berperanan memelihara kesihatan kulit dari dalam. Daun Saderi yang kaya dengan kandungan serat dan air ini juga membantu mengurangkan rasa lapar selain mengawal kandungan gula dalam darah, tahap kolestrol dan kadar kalori dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman.
  • Timun: Di samping bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit, timun turut tinggi kandungan air yang berupaya menyingkirkan toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus serta sebarang cela yang mengganggu penampilan.
  • Pasli (Parsley): Daun Pasli yang mampu menggalakkan sistem pencernaan ini juga mempunyai kandungan Vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Selain itu, Pasli kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan Flavonoid yang berperanan mengurangkan kandungan kolestrol, memelihara kesihatan kulit serta sebagai agen antioksida.
  • Spirulina: Spirulina merupakan cyanobakteria atau alga yang kaya dengan protein, asid amino, dan Omega-3 yang membantu mendapatkan berat badan yang ideal, meningkatkan kandungan kolagen di dalam tubuh serta membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Spirulina turut mengandungi klorofil, asid folik, vitamin serta pelbagai jenis nutrien dan mineral yang mampu menyingkirkan toksin, meningkatkan sistem imunisasi serta mengekalkan kejelitaan kulit anda.
  • Alfalfa: Alfalfa kaya dengan zat vitamin A, B, D, E dan K yang bertindak memelihara kesihatan kulit dan mencegah kerosakan akibat bahan kimia atau sinaran ultraungu yang berbahaya di samping menggalakkan penyembuhan luka. Ia turut berupaya menyingkirkan toksin dalam tubuh badan serta memelihara kesihatan organ dalaman agar anda kekal sihat dan bertenaga.

CARA PENGAMBILAN STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY

  • Tuangkan 1 sachet Stemcell Coffee Qu Puteh ke dalam secawan air panas.
  • Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.

KLIK SINI UNTUK SENARAI PRODUK LAIN

QU PUTEH BEAUTY VIDA BEAUTY



QU PUTEH BEAUTY VIDA BEAUTY

Qu Puteh Beauty merupakan produk pencerahan kulit yang diformulasi menggunakan sel stem Argan yang terkenal dengan keupayaannya untuk menjadikan kulit anda kekal cerah dan awet muda.
Produk ini turut diperkaya dengan gabungan ramuan semulajadi yang bermutu tinggi seperti kolagen, spirulina dan sel stem dari sumber buah-buahan yang berupaya membantu menyingkirkan cela pada kulit seterusnya membantu menyerlahkan keanggunan dari dalam.
Penggunaan Qu Puteh Beauty yang konsisten juga dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan yang optima.
Kandungan: 600 g

KHASIAT QU PUTEH BEAUTY VIDA BEAUTY

  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Memperbaiki tona kulit agar tampil lebih sekata
  • Membantu mengatasi masalah pigmentasi yang disebabkan radang dan pancaran cahaya matahari
  • Memperbaiki struktur kulit agar lebih tegang dan berseri
  • Menjana penghasilan kolagen bagi meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
  • Mengatasi masalah kulit seperti radang, jerawat, jeragat, parut serta kulit kusam dan berminyak
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran toksin, jangkitan bakteri dan sinaran radiasi UV
  • Menyerlahkan keremajaan kulit dari dalam
  • Turut berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita termasuk golongan remaja yang berusia 13 tahun dan keatas

KANDUNGAN QU PUTEH BEAUTY VIDA BEAUTY

  • Sel Stem Epal Swiss: Sel stem merupakan — yang mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh. Sel stem yang terkandung di dalam epal Swiss ini berupaya mencegah proses penuaan dan penghasilan kedutan pada wajah di samping melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Epal Swiss juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat.
  • Sel Stem Argan: Sel stem yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Sel Stem Anggur: Sel stem anggur kaya dengan nutrien seperti vitamin E, phytochemical dan phytonutrien yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel kulit. Ia juga berupaya melindungi kulit daripada radiasi ultraungu sekaligus mencegah serangan kanser kulit, di samping membantu menentang proses penuaan kulit. Selain itu, sel stem anggur juga mampu mengurangkan kesan parut, kedutan dan garis-garis halus, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit dengan bantuan nutrien dari sumber vitamin E, di samping menjana pertumbuhan sel kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata.
  • Sel Stem Mawar Alps: Sel stem yang diperoleh dari bunga mawar dari pergunungan Alps di Eropah kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit di samping berupaya mengatasi masalah jerawat, eczema dan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari. Bunga mawar turut mampu memelihara kehalusan kulit, mengecilkan liang pori serta menjadikan tona kulit lebih sekata.
  • Sel Stem Akar Comfrey: Tumbuhan ini mengandungi sebatian organik seperti allantoin dan tannin yang bertindak mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit serta melindunginya daripada kerosakan akibat toksin mahupun jangkitan bakteria. Tumbuhan ini turut diperkaya dengan kebaikan dari sumber vitamin A, B dan C serta asid rosmarinic yang bersifat antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan selain turut berupaya mencegah masalah radang, pigmentasi serta tona kulit yang tidak sekata.
  • Sel Stem Tomato: Sel stem yang diekstrak dari tomato mampu mengecilkan liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya membantu mengekang pertumbuhan jerawat. Di samping itu, ia juga dapat mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV) seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • L-Glutathione: L-Glutathione atau Gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Kolagen Larut Air Terhidrolisis: Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit
  • Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas daripada serangan bakteria yang merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang kerosakan sel dan proses penuaan kulit.
  • Goji: Di samping membekalkan khasiat untuk tubuh badan, Goji juga berupaya menyerlahkan kulit yang sihat dan berseri di samping mengekalkan kehalusan kulit dengan bantuan vitamin E. Goji yang bersifat antioksida turut membantu mengukuhkan sel kulit, mencegah daripada kerosakan sel dan mengatasi masalah selulit serta memperlahankan proses penuaan kulit.
  • Epal: Buah epal yang bertindak sebagai agen antioksida ini kaya dengan pelbagai khasiat dari sumber vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menyingkirkan toksin, meningkatkan kehalusan, kelembapan dan kecerahan kulit, serta merawat masalah seperti parut, jerawat, jeragat, kulit kusam serta kedutan dan garis-garis halus pada kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat di samping menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Acai: Beri Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel di samping membantu memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat, menyingkir kesan parut, dan menyerlahkan seri kulit.
  • Tomato: Tomato mampu mengecilkan liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya membantu mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Spirulina: Spirulina merupakan sejenis cyanobakteria atau alga (rumpai laut) yang kaya dengan protein, asid amino, dan Omega-3 serta kebaikan dari sumber agen antioksidan seperti vitamin A, B-kompleks, C dan E yang ternyata penting untuk rawatan kecantikan kulit. Di samping membantu menentang kesan radikal bebas bagi mencegah proses penuaan, spirulina juga berupaya mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, mengekalkan kelembapan kulit, merawat masalah jerawat dan lingkaran hitam di bawah mata serta membantu menegangkan kulit sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit anda.

CARA PENGAMBILAN QU PUTEH BEAUTY VIDA BEAUTY

  • Bancuh 1 sudu besar Qu Puteh Beauty bersama air kosong.
  • Kacau atau goncang dengan shaker sehingga larut.
  • Ambil 2 jam sebelum sarapan pagi dan waktu tidur.
  • Disarankan untuk mengambil produk ini ketika perut kosong.
  • Amalkan meminum 3 hingga 5 liter air kosong sehari untuk menggalakkan keberkesanannya.
  • Jangan gunakan air panas untuk membancuh Qu Puteh Beauty kerana ia akan menjejaskan khasiat ramuan produk ini.
  • Elakkan dari mengambil minuman dan makanan berkafein seperti kopi dan teh.
  • Boleh diambil ketika haid bagi wanita.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita termasuk remaja yang berusia 13 tahun dan ke atas.

KLIK SINI UNTUK SENARAI PRODUK LAIN

QU PUTEH KOSMETIK VIDA BEAUTY


QU PUTEH KOSMETIK VIDA BEAUTY

Qu Puteh Kosmetik merupakan set rawatan kecantikan kulit yang sarat dengan kebaikan minyak Argan bersama adunan minyak kelapa dan ekstrak bunga melati yang ternyata mampu menjadikan kulit wajah anda lebih cerah dan berseri.
Qu Puteh Kosmetik sesuai untuk semua jenis kulit yang menginginkan kulit yang bebas daripada cela seterusnya tampil lebih awet muda secara semulajadi.
Qu Puteh Kosmetik dilengkapi dengan:
  • Qu Puteh Whitening Soap x 2
  • Qu Puteh Whitening Pro 9
  • Qu Puteh Whitening UV Block (SPF 25)

KEBAIKAN QU PUTEH KOSMETIK VIDA BEAUTY

  • Memelihara kejelitaan kulit
  • Menjadikan tona kulit anda lebih sekata
  • Membantu mencerahkan kulit wajah secara semulajadi
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Membantu mengatasi masalah pigmentasi yang berpunca dari radang dan pancaran cahaya matahari
  • Membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, parut, bintik-bintik hitam dan kulit kusam
  • Menyingkirkan kotoran dan kesan minyak pada kulit wajah
  • Membantu mengekalkan keremajaan kulit wajah
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran radiasi UV
  • Membantu mencegah proses penuaan pra-matang
  • Menghaluskan kulit wajah tanpa pengelupasan
  • Menyegarkan kulit wajah

KANDUNGAN QU PUTEH KOSMETIK VIDA BEAUTY

  • Minyak Kelapa: Minyak kelapa berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan kulit yang kasar dan kering serta mampu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi seterusnya membantu menaikkan seri kulit anda.
  • Bio-Sulfur (Methylsulfonylmethane): Sebatian organik yang boleh diperoleh daripada tumbuhan semulajadi ini bersifat antibakteria dan antiseptik mampu membasmi mikroorganisme seperti kulat dan bakteria bagi melindungi kulit daripada kerosakan. Di samping membantu mencegah dan merawat masalah kegatalan dan rosacea (tompokan merah pada kulit), bio-sulfur juga diyakini mampu mengurangkan masalah jerawat, radang, kulit berminyak, liang pori yang tersumbat serta tona kulit yang tidak sekata.
  • Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa bersama bahan pengemulsi, dimethylaminopropylamine ini berfungsi sebagai agen pembuih di samping membantu memelihara kelembapan kulit wajah anda.
  • Ethoxydiglycol: Sebatian ini bertindak sebagai bahan penstabil yang berperanan menambahkan kelikatan kandungan produk ini.
  • Sodium Silikat: Sodium silikat digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bagi membantu menstabilkan pH atau tahap keasidan kandungan produk tersebut.
  • EDTA: EDTA atau asid Ethylenediaminetetraacetic berfungsi sebagai bahan penstabil yang membantu menggalakkan fungsi ramuan di dalam produk ini.
  • Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Minyak Pati: Minyak pati yang diekstrak dari sumber tumbuhan semulajadi ini bertindak memelihara kelembapan kulit di samping membantu menyejuk dan menyegarkan kulit anda.
  • Melati (Jasmine): Selain sering digunakan di dalam rawatan aromaterapi kerana aromanya yang harum, bunga melati juga sarat dengan kebaikan untuk kecantikan kulit. Ia bersifat antiseptik serta berupaya memudarkan kesan parut, mengekalkan kelembapan kulit di samping turut berupaya melindungi kulit daripada kerosakan seterusnya membantu mencegah proses penuaan.
  • Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.

CARA PENGGUNAAN QU PUTEH KOSMETIK VIDA BEAUTY

Siang:

  • Cuci wajah dengan Qu Puteh Whitening Soap.
  • Urut wajah secara perlahan-lahan selama 3 minit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan krim Qu Puteh Whitening UV Block pada kulit wajah.
  • Disarankan untuk menggunakan Qu Puteh Whitening Soap 2 hingga 3 kali sehari.

Malam:

  • Cuci wajah dengan Qu Puteh Whitening Soap.
  • Urut wajah secara perlahan-lahan selama 3 minit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Sapu dan ratakan krim Qu Puteh Whitening Pro 9 Block pada kulit wajah.

KLIK SINI UNTUK SENARAI PRODUK LAIN

Sabtu, 12 September 2015

GLITACAPS 500MG

GLUTACAPS 500MG

Glutacaps Kapsul Putihkan Kulit – Mencerahkan Kulit Rata Seluruh Badan, Selamat Digunakan & Amat Berkesan!

Ingin Putihkan Kulit? Glutacaps Ialah Produk Putihkan Kulit Yang Anda Cari Selama Ini!Bertindak Memutihkan Kulit Seluruh Badan Secara RataMelembapkan Kulit (Mengatasi Masalah Kulit Kering)Membantu Menghilangkan Masalah JerawatSelamat Digunakan, Tiada Bahan Merbahaya.Diformulasi Dengan Kandungan Berkualiti TInggiMudah Dimakan. Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja.

Harga Glutacaps®

Normal price : RM 139
postage +RM7semenanjung/9sabah sarawak

PROMOSI 30 ORG TERAWAL

RM 130 SM / RM 140 SS (Jika berminat dalam masa 24jam)

Sebotol ada 30 biji . Makan 2biji sehari (selama 1mggu). lepas 1mggu mkn 1biji je sehari..15 mnt selepas sarapan . Sekotak tahan 30 hari .

GLUTA-CAPS® Tiada kesan smpingan sebab kami ada sijil racun drpd USM.

Info lebih:



Gluta caps® ni yg pertama paling banyak ingridient dlm malaysia. 500mg 1kapsul. sbb tu kesan cpt. dlm masa 12jam bdn kita perlukan lebih 500mg gluta utk pemutihan badan. jadi ngam2 utk sehari.. kalau nk kesan cpt lagi mkn 2 biji..



 Dgn penggunaan bahan aktif gluta original dr tumbuhan ni akan membantu bukan shj mengurangkan jerawat. dia juga dpt bantu pudarkn jerawat. n slowly bdn juga akan memutih secara automatik. awak mesti dh lali dgn produk2 putih yg lain kan? sebab kebanyakkan produk hanya letak bahan putih tu skit je, serbuk yg lain tu tepung jagung je nk nmpk berat dan bnyk. dan sebab tu kita bawak gluta gred A ni.. sebelum kita launch mmg kita uji dlm lab berkali2. dh dpt formula yg betul tally dgn analog graf formula barulah kita masukkan dlm kapsul. sebab tu kita yakin sgt kesan Glutacaps® seawal 3 hari. sebab kita import material yg kualiti shj. sebab tu kita tambah dgn material mcm “hyluronic acid” (supaya lebih flawless) dan “Vitamin C original” utk bantu kurangkan jerawat, jeragat dan parut.. bahan aktif ni utk bantu lg proses pemutihan kulit.



 Apa beza putih, cerah dan berseri? putih shj muka akan nampak pucat. tp bila awk putih, cerah dan berseri? baru la putih tu betul betul naik kan? putih kemreh merahan..mcm org baru kahwin.. muka putih berseri.. haa mcm tu la. heh.



 Apa yg u akan dpt dgn Glutacaps®

✔ 1 hari untuk rasa kulit semakin lembap

✔ 3 hari untuk lihat jerawat kecut

✔ 7 hari kulit semakin glow dan putih berseri

✔ 14 hari tangan leher bdn dan kaki lebih cerah

✔ 28 hari lahir kulit beby terpancar seluruh bdn.. muka, tgn dan bdn akan lebih putih kemerah-merahan.



 Bertindak sekarang! sebelum harga naik. skrg dh tau kenapa gluta, HA dan Vit C ori bagus kan? tggu apa lagi mana ada produk yg mcm Glutacaps® dkt malaysia ni..gabung 3 sekali gus!


KLIK SINI UNTUK SENARAI PRODUK LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...