STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY
Stemcell Coffee Qu Puteh diperkaya dengan pelbagai nutrien dari sumber asli yang terbukti mampu membantu anda mengekalkan keremajaan dan keanggunan dari dalam secara menyeluruh. Ia mempunyai aroma dan rasa yang memikat selera serta sesuai untuk dinikmati setiap hari.
Kandungan: 15 sachet
KHASIAT STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY
- Meningkatkan kecergasan tubuh badan
- Meningkatkan kecerahan dan kejelitaan kulit anda
- Menganjal dan menegangkan kulit
- Mengekalkan keremajaan dari dalam
- Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan kedutan
- Menyingkirkan toksin
- Mengurangkan tahap kolestrol dan gula dalam darah
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Membantu membentuk tubuh badan yang ramping dan ideal
- Memelihara kesihatan dan kecantikan secara menyeluruh
KANDUNGAN STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY
- Gula: Selain menambah rasa manis ke dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.
- Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
- Kopi: Selain membekalkan tenaga untuk tubuh badan, kopi juga mampu memelihara kecantikan kulit seperti membantu mengurangkan radang dan kesan selulit, di samping mengekalkan kelembapan kulit, menghasilkan tona kulit yang sekata serta menyingkirkan toksin dan sel kulit mati seterusnya memelihara kehalusan kulit. Di samping itu, biji kopi juga tinggi kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel kulit dan melambatkan proses penuaan agar kulit kekal muda dan berseri.
- Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mampu menyerlahkan seri kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV) serta meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, koko juga berupaya mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membantu menyingkirkan toksin sekaligus membantu menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat.
- Wheatgrass: Rumput gandum tinggi kandungan vitamin A, B-kompleks, C dan E serta kalsium, fosforus, magnesium, potassium, zink dan amino asid yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mengukuhkan otot, memelihara kesihatan kulit, serta meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit. Ia juga merupakan sumber antioksidan yang baik bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
- Bayam (Spinach): Bayam rendah kalori dan karbohidrat seterusnya sesuai untuk dijadikan sebahagian diet pemakanan bagi mengawal berat badan yang ideal. Ia kaya dengan beta-carotene yang tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mencegah serangan penyakit selain serat, zat besi, folat, magnesium, potassium dan kalsium yang berupaya membantu memelihara sistem saraf, mengukuhkan tulang serta meningkatkan metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
- Saderi (Celery): Flavonoid yang terkandung dalam daun saderi membantu anda mengurangkan kandungan kolestrol serta risiko penyakit jantung. Herba ini juga kaya dengan Vitamin C yang bertindak sebagai agen antioksida, serta Vitamin A yang berperanan memelihara kesihatan kulit dari dalam. Daun Saderi yang kaya dengan kandungan serat dan air ini juga membantu mengurangkan rasa lapar selain mengawal kandungan gula dalam darah, tahap kolestrol dan kadar kalori dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman.
- Timun: Di samping bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit, timun turut tinggi kandungan air yang berupaya menyingkirkan toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus serta sebarang cela yang mengganggu penampilan.
- Pasli (Parsley): Daun Pasli yang mampu menggalakkan sistem pencernaan ini juga mempunyai kandungan Vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Selain itu, Pasli kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan Flavonoid yang berperanan mengurangkan kandungan kolestrol, memelihara kesihatan kulit serta sebagai agen antioksida.
- Spirulina: Spirulina merupakan cyanobakteria atau alga yang kaya dengan protein, asid amino, dan Omega-3 yang membantu mendapatkan berat badan yang ideal, meningkatkan kandungan kolagen di dalam tubuh serta membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Spirulina turut mengandungi klorofil, asid folik, vitamin serta pelbagai jenis nutrien dan mineral yang mampu menyingkirkan toksin, meningkatkan sistem imunisasi serta mengekalkan kejelitaan kulit anda.
- Alfalfa: Alfalfa kaya dengan zat vitamin A, B, D, E dan K yang bertindak memelihara kesihatan kulit dan mencegah kerosakan akibat bahan kimia atau sinaran ultraungu yang berbahaya di samping menggalakkan penyembuhan luka. Ia turut berupaya menyingkirkan toksin dalam tubuh badan serta memelihara kesihatan organ dalaman agar anda kekal sihat dan bertenaga.
CARA PENGAMBILAN STEMCELL COFFEE QU PUTEH VIDA BEAUTY
- Tuangkan 1 sachet Stemcell Coffee Qu Puteh ke dalam secawan air panas.
- Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan